skip to main |
skip to sidebar
Hai kita bersua lagi hari ini cik sya akan memberi tip yang berguna kepada para pembaca blog cik sya. Tip hari ini ialah
4 Teknik Rahsia untuk fokus dalam kelas (Jeng-jeng)
Kita sering kali mengatuk dalam kelas mahupun dalam kuliah ( same lah ngan penulis nie ) so mesti macam-macam cara kita guna untuk hilangkan mengatuk. Sekarang cik sya nak bagitahu 4 teknik untuk kekal fokus dalam kelas mahupun kuliah.
1 . Cukup Tidur
Kurang tidur membuatkan students sering kali mengatuk dalam kelas mahupun kuliah. Apabila tidur tidak cukup waktunya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan kita akan tidak bermaya, keletihan serta mengatuk. Oleh itu tidur lah pada kadar 7- 8 jam untuk mengelak mengantuk dalam kelas mahupun kuliah (Jgn tidur lebih dari 8 jam nanti terlewat ke kelas mahupun kuliah )
2 . Minum Air
90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran neorun- neorun dan bahagian dalam otak akan bertindak dengan aktifnya.
Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak ialah kita akan berasa mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga.
Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula (Jgn minum banyak sangat). Minuma ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga dalam otak. Apabila otak kembali bertenaga, anda akan kembali fokus
3 . Gerakkan Badan
Kita umum mengetahui, apabila kita duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 - 3 jam. ( Paling maximum kuliah 3 jam PENAT! ) serta badan dalam keadaan yang sama dalam tempoh yang panjang membuatkan otot - otot menjadi tegang.
Oleh itu, cara penyelesaiannya ialah perlu gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi gerakan fizikal ( selalunya cik sya pusing2kan pen tak pun pergi tandas)
4 . Catat Nota
Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas mahupun kuliah akan membantu kalian untuk kekal "Flow" ataupun kekal fokus dalam pembelajaran yang disampaikan oleh cikgu ataupun pensyarah.
Students yang tertinggal, hilang fokus ketika pembelajaran di sampaikan akan berasa "tension" dan tidak lagi fokus dalam kelas. Oleh itu, cara mengelakkan kalian tertinggal ataupun mengantuk dalam kelas mahupun kuliah digalakkan untuk mencatat nota untuk mengatasi masalah tersebut.
Sebelum cik sya mengakhiri coretan cik sya. Cik sya harap tip-tip di atas akan berguna untuk para pembaca cik sya. Sekian terima kasih . Kita bersua lagi pada coretan lain
Selamat kembali di dunia Blogger .